Sabtu, 5 September 2009

Cerita lawak

Dua orang kawan,Remy dan Jali,memancing di muara sungai,tapi dari pagi sampai tengahari seekor pun tak dapat.Mereka berpindah ke hulu sedikit,pun hampas.Ketika beralih ke hulu sedikit lagi,dua sahabat itu terserempak dengan lelaki tua membawa bakul penuh berisi ikan.''Mana pak cik dapat ikan-ikan ni?''tanya Remy,selepas menceritakan masalah mereka.Jawab lelaki tua itu,''Kamu pergi ke hulu lagi sampailah air sungai ini tawar,di situ ada banyak ikan''.Dua sahabat tadi meneruskan perjalanan.Seratus meter berjalan,Remy berkata;''Cuba engkau ceduk air tu,rasa,masin ke tawar''.Jali menceduk,penuh sebotol diisinya.''Mmmm....masin lagilah'',katanya selepas menghirup sedikit air berkenaan.Mereka berjalan ke hulu lagi,sampailah 500 meter.''Masin lagilah'',beritahu Jali selepas diarah Remy supaya merasa air sungai berkenaan.Berjalan lagilah dua sahabat itu,tapi air tetap masin walaupunsudah lapan kilometer ke hulu.Hari sudah senja,kedua-duanya tersandar terbaring di tebing sungai,dah tak larat nak mengangkat kaki.''Aku dah tak berdaya ni,''kata Remy lalu bertanya lagi,''macam mana Jali,masin lagi ke air sungai ni?''Jawab Jali;''Pelik betullah,dah nak habis air dalam botol ni aku minum,pun masih masin lagi!''(^.^)



Cute Graphics

Selamat berpuasa




Cute Graphics
sekarang dah puasa jadi pandai pandai lah jujur ngan diri sendiri,janganlah curi makan plak selamat berpuasa:p